Tuesday, July 11, 2017

Genting Highlands Premium Outlets


Sampai jua kami ke sini.
Bgtau Zaf yg kat genting tu dah bukak,
laju la dia ajak ke sana.
Genting lg dekat nak bandingkan
kat JPO..pitam jauhnya.

Lagi pun mmg kami suka ke Genting pun.
Kalau takde buat ape
Zaf mmg suka bawak sana.
Katanya jom layan sejuk.




Besar jua bangunannya kalau tgk dari luar.
Yang pasti parkingnya banyak.
Bertingkat2 nampak tu.



GHPO ni bawah sikit dari puncak,
dekat ngan Awani hotel.
Cuaca hari kami pergi alhamdulillah baik.
Tapi takde la rasa sejuk sangat.
Just nice la berjalan bila cuci mata
luar kedai tu kan.
Kalau kat JPO mmg berpeluh semua cukup haha

Parking kat bawah.
Naik2 escalator je nampak butik Kate Spade.
Terus laju masuk.



Keluar dari situ,
kami lepak luar kejap.
Ramai betul manusia.
Kami sampai ni petang.
Ingatkan petang takde orang la
tp sangkaan meleset hihih



Antara kedai2 yg kami masuk.



Memula je rajin snap,
pastu malas dah.



Suruh akak Zahra amikkan gambar.
Aduhai makin bulat2 dah diriku ni.



Budak2 ni sibuk ajak lepak luar.
Taknak masuk kedai.
Sbbnya nak layan sejuk.



Layan la anak2 ni nak main.
Bukan main ape pun..
berlari ke sana sini.
Ada playground tp ramai budak.



Wefie berdua ;)




Kami lepak sampai Maghrib.
Suraunya besar lagipun masih baru,
tempat pun elok.
Amik wudhuk je tak tahan.
Air sejuk ya amat :)



Dinner kat Dome.
Zaf order scone tuk ai.



Pastu share makan ayam ni.
Nama menu lupa.



Okay not bad GHPO ni,
byk kedai yg menarik.
Tinggal ko ada duit je nak beli ke tak.
Tapi kami ke sini mmg jalan2 cuci mata je.

Ingatkan pas tu nak naik puncak,
tp tak jadi.
Nak tunggu outdoor theme park tu bukak,
tak tau la bila.
Eh tp dari GHPO ni ada cable car
naik terus ke atas.
Kalau malas naik kete bole la cuba.

Monday, July 10, 2017

Berbuka Puasa Opis Zaf


Ada lagi cerita bulan puasa
tak habis2 hehe
Ni cerita berbuka puasa ngan
opismate enZaf.

Pilihan tempat di Sri Ayutthaya Resturant
dekat Bukit Damansara.

Blur plak gambar makanan.



Alhamdulillah banyak lauk pauk,
kenyang perut senang hati.
Kami semeja ngan Sue & Faizal.
Kusyuk Sue tak pandang kiri kanan dah.



Meja ke-2 ada 3 keluarga kat situ.



Meja ke-3 yg bujang2 lagi.



Penutup hidangan :)



Takde muka lain la selain nak bergambar.



Anak2 dah makin bertambah.
Seronok sebab ramai rakan sebaya.
Meriah...



Keluarga kecil kami.
Walaupun tak ramai,
tapi kami semua happy.



InsyaAllah semoga kita semua masih bersama
pada tahun2 yang mendatang.
Oh tak lupa jua
semoga company pun makin maju.
dan tak pernah missed bagi duit raya hahahah
Mana tak happy muka masing2kan,
dapat duit raya.

Friday, July 7, 2017

Berbuka dengan Kek


Bukan berbuka puasa enam,
tapi ni cerita berbuka masa Ramadhan.
Niat nak puasa 6 minggu ni,
tp tak kesampaian,
badan tak berapa sihat.
InsyaAllah kita cuba minggu depan plak.

Minggu terakhir bulan puasa,
kami ke One Utama.
Jalan shopping tuk raya sikit.

Ni beli cekak rambut Aliah tuk raya.
Macam biasa la diva,
mesti nak bling2.
Tak sempat tunggu raya nak pakai terus.



Nak dekat raya
ramai la manusia kat shopping mall.
Mana2 tempat pun penuh.
Akhirnya kami pegi beli roti,
pastu masuk dalam Whisk ni.



Ada la sorang dua,
ofkos la tak ramai.
Dah kedai ni kedai kek.
Sapa nak berbuka dgn kek je kan haha

Tu anak panah tu
ada pili tuk amik air sejuk.
Aliah ntah berapa puluh kali,
pegi refill gelas dia.
Bab amik air sendiri ni dia mmg suka.



Ni kek berbuka kami.
Tak ingat ape nama kek,
satu mcm carrot cake.
Satu lagi choclate cake.

Seyes 2-2 sedap.



Lepas makan kami sambung jalan lagi.
Lewat sket baru keluar dari OU,
gi makan kat luar.

Thursday, July 6, 2017

Phone Baru


Masa lagi 2 hari raya,
tetiba handphone ai rosak.
Tak dapat detect sim card.
Jadinya takde signal Maxis.
Dok searching je line...

Zaf try amik sim card,
masukkan kat handphone lain,
ok bole baca.
Katanya simcard tak rosak,
maybe antena dlm phone tu yg rosak.
Dia tanya ada handphone jatuh ke?
Ai jawab takat ai pegang takde la.
Tak tau la kot masa anak2 pegang
ada jatuh ke tak,
nak nak Ariq la...
sbb dia yg slalu pakai phone ai.

Dah la nak rayakan.
Bole plak phone buat hal.
Cakap ngan Zaf hantar repair.
Sekali dia cakap
beli baru je la...
Kita yg dengar dia cakap gitu,
harusla hati berbunga2kan.
Tapi katanya lepas raya beli phone.
Tak kisah la bila2 pun.
Ai bukannya pakai phone selalu.

Jadi sejak phone tu rosak,
hanya guna wifi je.
Nak call langsung tak bole.
Nasib la ada whatsapp..
bole la berborak lagi ngan kekawan.

Kelmarin la baru beli phone.
Zaf whatsapp suh bersiap
lepas Maghrib.
Ajak pegi Curve.

Yey my new baby.
Nasib ada warna rose gold.



Seperti biasa la,
enZaf akan settingkan semua menda.
Ai hanya pakai je :p



Lepak kat Teh Tarik Place.
Nak makan roti bakar tp takde plak.
Order roti boom je.



Thank you enZaf
belikan handphone baru.
Katanya jaga elok2..

Lepas makan kami keluar
gi Kedai Ustaz.
Pasang screen protector
and beli casing.

iPhone 5s yang rosak tu
hantar repair.
Katanya nanti wat backup kat umah.

Wednesday, July 5, 2017

Raya ke-7


Raya ke-7 dapat jemputan dari kawan.
Kawan Zaf dan kawan ai.

Siang kami beraya kat umah Eddy
dekat Alam Budiman.
Suka rumah kat taman ni,
sbb rumahnya batubata.
Takde cat2 ni..
cantik je tengok.

Lama jugak la duk umah dia.
Dari pukul 3 sampai kul 6 lebih haha
Makanan plak tu sedap2.
Mmg menambah je kejenya.
Anak2 ai pun sama naik.

Thanks Eddy & Lin sudi jemput kami.
InsyaAllah raya haji dorang dapat baby.



Suka ada lagi baby baru tahun ni :)
Semoga dipermudahkan segala urusan hendaknya.

Malam beraya umah kawan ai plak, Nedd
dekat Sg Buloh.
Kalini raya buat malam plak.
Selalunya siang.
Nasib baik tengahari tu ai tanya dia,
start pukul berapa.
Kalau tak tak pasal pegi siang takde menda hehe

Takat ni ai tak pernah miss kalau
Nedd ajak beraya.
Umah dekatkan.
Kalau jauh tu lain ceritanya.

Lama giler tak jumpa dia.
Setahun sekali je,
tu pun raya.
Kalau tak sebab raya ntah bila nak jumpa.




Thanks Nedd...
jangan serik tau jemput kami setiap tahun hihi

Tuesday, July 4, 2017

Baby Raya


Masa raya pertama,
ikut Zaf gi beraya umah Faizal.
Raya kalini dia tak balik Terengganu,
sbb wifenya Sue dah sarat mengandung.
Tunggu masa je.

Lama kami lepak kat umah dia.
Dari makan makanan raya,
sampai makan nasi putih.
Sempat tengok drama Surihati MrPilot Raya haha
Anak2 pun seronok main
tak de pun mintak nak balik.

Sblm balik tu bergambar la kejap.
Time ni dah pukul 11 lebih.
Kemain beraya umah orang sampai lewat malam.



Muka ai time ni kembang sembab
macam ai plak yang mengandungkan.



4 hari lagi (raya ke-5) Sue ada checkup.
Gurau ngan dia...
ha time checkup tu tup tup nak beranak dah.

Masa hari dia checkup
doc cakap dah buka 2cm.
Suh dia gi jejalan.
Dia kata pegi The Curve
tawaf sepanjang hari hehe.

Esok pagi tu ikutkan Faizal
& Zaf ada meeting.
Tuptup cancel sbb Sue dah sakit.
Ai baru plan nak ajak Sue gi breakfast kat Kayu.
Dari sblm puasa kata nak makan kat kayu
sampai sudah tak makan.

Pagi dia sakit terus gi hospital,
tengahari dah bersalin.
Alhamdulillah mudah proses bersalinnya.
Sakit kejap.

Malam Zaf ajak pegi melawat.
Kita ikutkan aje la.
Suka tgk baby ni.
Sue bersalin kat Hospital Pantai Bangsar.

Baby tengah meragam nak susu,
ai tak kira nak bergambar gak hehe



Tahniah Sue & Faizal.
Semoga kehadiran baby F ni
mengeratkan lagi ikatan
kasih dan sayang uols sekeluarga.




Monday, July 3, 2017

Beraya kat Ikea


Malam raya ke-3 kami gi Ikea.
Pukul 9 lebih ke sana.
Sampai2 kami jalan2 dulu cuci mata.
Minggu pertama raya kami tak buat ape sgt,
cousin2 ai pun takde kat kl,
tahun ni semua balik kg.



Sambil2 tu ai cuba la adjust
kat enZaf tuk beli sofa baru.



Tak kisah la beli tu kat Ikea ke
kat kedai perabot mana skali pun,
janji dapat sofa baru hahaha
Dia kata nanti pikir.
Takpe la tak dpt skang,
dia kata nanti pikir tu
kira dah bagus la kan.
Kita berdoa je la supaya
dapat sofa baru tu cepat :p

Aliah tak tinggal kasut raya dia tu.
Pegi kedai pun nak pakai.
Katanya dia suka.
Dia mmg minat betul kasut tumit tinggi.



Awat la serabai benor
rambut ko kak oi.
Suh potong rambut tak nak.
Ikat rambut pun taknak.
Mummy dah rimas tgk.



Dah jalan2 kami makan dulu.
Masa ni dah dekat kul 10.
Nasib kat kitchen ada makanan lagi.



Sambung jalan lagi,
time ni dah kul 10.30mlm.



Best takde orang,
ada pun satu dua.
Amannya berjalan kat Ikea tak ramai org.

Meja ngan kusi ni yg Zaf nak beli,
letak kat luar rumah.



Sebelum tu dah pilih meja lain
kusi pun lain.
Pilih lain beli lain hahaha
Macam2..

Dah masuk bulan 7 kita.
Anak2 pun dah start sekolah.
Weekend sibuk la kita ngan open house.
Konpem la atas jalan pun jem.