Monday, March 6, 2017

Musolla Trip 2017


28hb 2 hari tu school Ariq
ada wat trip.
Yeayyy first trip tuk dia.
Punya la seronok dan tak sabar
sbb nak naik bas hehehe

Kejut dia pun cakap
sekali je Ariq nak pegi trip.
Terus bukak mata :p

Suh dia pandang camera
katanya sakit mata
ada sun hehehe
silau la tu kan.

Dia paling kecik,
harus la duk depan :)



Dan dia sorang je kot
ai nampak pakai selipar,
eh ada la dlm 3-4 org lagi.
Malas pakaikan kasut sbbnya
nak pegi masjid nanti nak kena bukak jugak.
Lain la pegi trip mcm ke zoo ke
ha yg tu ai pakaikan kasut.



Tak toleh kat Mummy pun.
Dah teruja nak naik bas.



Zara Aliah pun ada ikut ai sekali
hantar Ariq.
Kakak2 dia pun eksaited nak tgk
adik dorang naik bas.



Sementara menunggu yg lain,
ai terus naik bas nak amik gambar Ariq.
Ni kawannya Imran.
Suh bergambar malu2 plak dia.



pastu amik gambar ramai2.
Ni semua kawan kelas dia.
Ada lagi satu kelas tak naik lagi.



Seperti tahun2 sebelum,
2 biji bas pergi trip ni.
Dlm pukul 9 suku baru gerak.
Trip kali ni pergi ke
Masjid Wilayah KL.

Setel dah terus ajak Zara Aliah breakfast.

Ni gambar ai amik dari facebook GA.
Derma tabung masjid.



Terkeluar dah rambut tu :p

Yang ni plak kemain santai ko dudukkan Ariq.



Gambar time solat jemaah
tak nampak Ariq plak.
Buat solat Dhuha.

Group photo.
Ariq duk ujung skali blah kiri.
Nampak la muka dia sket,
jadila haha



Lepas Zuhur dah balik.
Amik dia masuk kereta,
terus cerita apa dia buat.
Suka dia dapat jejalan naik bas
dan pegi masjid dgn kawan-kawan.

No comments: