Monday, March 27, 2017

Bercuti di Hard Rock Hotel


Nanti masa cuti sekolah, kami tak pergi ke mana-mana. Jadinya enZaf bawa kami holiday dulu sebelum dia fly ke London. Beli jiwa ke tu :p Kami pergi weekday, anak-anak ponteng sekolah 3 hari. Itu pun sebab exam dah habis kalau tak jangan harap nak bagi pontengkan :) Kali ini kami pergi holiday kat Batu Ferringhi. Dan ni first time juga, kami berjalan ke Penang bukan untuk jalan-jalan cari makan. Lebih kepada rest & relax.



Pilihan lokasi kami adalah Hard Rock Hotel untuk 3 hari 2 malam.



Lepas enZaf uruskan check-in, terus ajak dia bergambar kat luar. Terima kasih kepada staf di situ ambilkan gambar kami walaupun tak semua ready haha jadi la kan. Dari takde ye tak.



Lepas bergambar terus masuk bilik. Masing-masing pun dah tak sabar nak tengok rupa bilik.



Purple mataku tengok bilik ni.



Cantik sebenarnya, dalam gambar je tak nampak sangat cantik tu.



First time ambil yang ada kids room.



Semestinya la dorang bertiga ni eksaited sangat. Elok betul biliknya siap dengan buku, toys, tv eh macam-macam la.



Masa berehat dalam bilik, dorang ni sibuk dah ajak mandi kolam. Selagi tak bersiap selagi tu la dok berzikir. enZaf solat lepas tu terus bersiap. Laju je dorang tu keluar hahaha



Sebelum mandi kolam, Daddy dorang ajak gi pantai dulu. Sempat tu ai suh Zahra posing jap. Ariq pun nak menyelit sama.



Dah alang-alang kat pantai, dorang mandi laut kejap. Main pasir semua.



Ai pula sedih tak dapat join mandi sama. Pagi sebelum bertolak nak ke Penang, tiba-tiba cikP datang huhuhuhu Stress tau.. masa nak pergi holiday ni la nak keluar. Ai is pasrah :p Dah puas dah mandi laut, kami masuk dalam hotel pula. Anak-anak nak sambung mandi kat kolam pula.



My beach boy eh pool boy :p boy la sangat...



Bukan main seronok main slide. Tak benti-benti main kat situ je. Suruh main kat spiral slide tu tak nak pula. Dalam juga kat area situ, enZaf kena layan sebab Ariq tu seronok nak slide banyak kali. Tak boleh tinggalkan dia mandi sorang, menggelupur pula kang kaki tak jejak kat kolam hehehe



Ai pula apa lagi nak buat, mandi pun tak boleh. Maka lepak je la tengok dorang.



enZaf order fries sikit buat alas perut waktu petang.



Seronok betul rasanya dapat rehatkan badan. Wifi kat hotel ni pun best, selagi kita dalam area HRH selagi tu la dapat coveragenya.

1 comment:

annapeje said...

hoi knaper la x cuti sesame hari kalo x lagi seronok ahaha