Wednesday, December 2, 2015

Report Card Day


Sabtu lepas gi sekolah Aliah.
Ada hari report card.
I wat appointment awal pagi
senang setelkan awal.
Kalau amik lambat sikit orang ramai,
leceh nak menunggu lama.

Turn kita no.2 okay la kan.
Muka budak yg susah nak bangun pagi.



Ohoiii letih okay nak kejutkan Aliah ni.
Mummy kena wat buffer 1 jam tuk
bangunkan dia.
Pernah kejutkan dia, ai masih ngantuk,
sambil kejut sambil lelap mata,
sekali lelap terus.
Selamat la nak gi sekolah dah kan hahaha
Banyak kali jadi camtu.
Teruk betul Mummynya.

Sementara tunggu turn,
amik gambar depan kelas.
Wat kenangan tuk 5 tahun :)



Jarang2 Mummy nak berselfie/wefie.
Kalau tgk kat phone tu,
bape keping je dalam selfie folder.



Blom ada keyakinan yang tinggi
nak bergambar selfie ni,
ape ntah lagi nak buh dalam fb.
Diriku sangat kagum
pada uols yg hari2 or selalu
tempek selfie dalam media sosial :)

Bergambar ngan Teacher Yana.
Cikgu kelasnya yang sangat lembut
tapi tegas.
Pernah sekali dgr Teacher Yana ni
tinggi kan suara masa assembly,
terkejut cam tak caya hahaha
Tapi ai sangat suka cikgu garang2 dan tegas,
bg budak gerun sket.
Tau la budak2 skang ni terlebih bijak.
Semua cikgu nak anak murid mereka berjaya,
macam kita garang2
tu tandanya sayang.
(backup diri sendiri yg hari2 jd mak rimau hihihi)



Bergambar lagi dalam kete plak.



Antara buku dan hasil kerjanya.
Tulisan dia sama macam akaknya,
tak bape memuaskan kpi Mummy haha.
Warna pun sama macam akak dia jugak,
mesti nak rainbow pffttt



Kat Genius Aulad ni,
mmg maklum takde buat exam or ranking
anak2 no 1, 2, 3 bagai.
report cardnya lebih kepada progress report.
Contoh angka abjad bole menulis mengeja membaca
dah sampai tahap mana.
So far tuk Aliah,
Alhamdulillah 3 tu dia dah bole asasnya la kan.
2 suku kata bole, 3 suku kata
ada sikit2 dia merangkak nak nak Bahasa Malaysia.
Kalau English laju je.
Yang penting dia dah tau tulis nama dia haha

Tuk solat semua bacaan pun okay,
tinggal tahiyat awal akhir tu masih tak bape lepas lagi.
Surah2 pun sama tak berapa lancar.
So Mummy kena trainkan lagi
tuk Aliah selalu baca.

Ai suka konsep takde ranking bagai ni,
bila jadi camni takde la
double standard oh anakku pandai
anakku tak pandai.
Tapi nak wat camne,
masuk sekolah kebangsaan sistem dah gitukan.
Bertabahla kita.

Dulu kakak Zara pun sama gak,
5 tahun masuk sekolah Mummy tak bape kisah sgt,
janji korang enjoy nak gi sekolah sudah.
Masuk 6 tahun baru Mummy serious sket.
Takde ponteng2 dah..
Mummy pun takleh nak ngantok2 kejut dia :p

InsyaAllah tahun depan masih
meneruskan lagi sekolahnya kat Genius Aulad.
Setia 6 tahun wei kat sini.
Start dari Zara sampai skang
nanti habis Aliah, Ariq plak.

2 comments:

annapeje said...

ololo homei nyer aliah ...ahahha mcm mommy laks yg pegi skolah ...bagus la x payah nk kasi anak no 1 2 3 tapi jgn menipu mak bapak sangat kasi ank markah 100% tapi cakap kene improve lg ..mak pon x paham kahkah ...kalo dia bg ranking so kita tau la anak kita neh dah pandai apa dah tau apakan ...sini x der genius aulad ..teringgin gak nk anto

Nurhayati said...

haha mungkin nak jadi 120% kot baru improve :p
progress report tu pun leh tau gak anak kita pandai ke tak..
cuma ranking ni je bagi parents sronok lebih,
sbb leh bgtau orang lain anak pandai ke tak tu je hahaha
tapi aku tak kisah la ,
yang penting dia dah berusaha.
didikan agama jgn dilupakan.
sbb kita je tau anak kita camnekan.