Wednesday, December 6, 2023

Aliah dan Qaireen pula


Pada hari yang sama ketika akak Zahra di ekspo inovasinya di Taiwan, Aliah juga turut membawa balik sijil yang dia terima dari sekolahnya. Balik rumah terus Aliah laju menuju pada ai tunjuk sijilnya itu. Tak silap, dia memenangi pertandingan poster berkenaan mental health kalau tak silaplah. Nak tanya dia malas pula nak keluar dari bilik hahaha.. kalau salah nanti ai edit balik dalam blog ni 😅. Di sekolah banyak juga dia masuk pertandingan itu ini, ada juga yang menang. Semua itu ai tahu pun bila sekolahnya update dalam aplikasi Telegram. Bab bersukan je dia malas kat sekolah, dia fokus kelab luar je bila main ragbi.



Paling Aliah suka dia dapat kipas tangan tu. Kebetulan pula kipas yang dia selalu bawa tu rosak, memang kena pula dapat pengganti. Sekarang ini rata-rata murid perempuan bawa kipas kecil ni ke sekolah. Kata Aliah dalam kelas rasa bahang.



Keesokkan pagi, ai ke sekolah Qaireen pula. Hanya berdua saja dengan dia untuk ambil report card akhir tahun.



Alhamdulillah progress Qaireen di sekolah agak baik. Ada lah sikit kurang sana sini tapi Mummy is okay saja, baru lima tahun. Asalkan dia seronok nak ke sekolah dah memadai. Yang ai bangga banyak surah dan doa dia dah boleh baca dan hafal, solat pun okay, asas semua tu dia buat hanya betulkan bacaannya saja. Membaca pula, English bukan main laju manakala Bahasa Melayu merangkak sikit. Sama je macam adik beradik lain hahaha.. English bukan main, kalah anak mat salleh 😜.



Sebelum balik, wajiblah ambil gambar dengan cikgu kelasnya. Thank you teacher sebab memahami perangai dia hahaha.. Qaireen ni kadang-kadang ada perangai dia, jenis buat kepala sendiri sampai teacher cakap dia tak sampai hati nak marah Qaireen sebab macam baby hihihi..

Tuesday, December 5, 2023

Semashur ke 2023 Kaohsiung International Invention & Design Expo


Buat pertama kali akak Zahra menyertai inovasi untuk sekolahnya. Sebelum ini ai pernah cuba bertanyakan sama ada berminat atau tidak, selalunya jawapan dia tak sebab dia kata masa terlalu padat risau tak cukup masa kalau buat macam-macam 😣. Tiba-tiba kali ini dia berminat pula nak join inovasi ini. Tapi ai tahu dah kenapa dia setuju pula, sebabnya ada kawan dia juga yang pergi tu 😆. Baiklah berberbalik pada tajuk asal hihihi.. ai letakkan gambar akak Zahra sepanjang event dia yang berlangsung selama dua hari. Alhamdulillah banyak juga gambar muka dia dan paling comel tu hehe.. nak cerita sangat ai pun tak tahu tapi letak sini sebagai kenangan. Hmmm.. banyak gambar blur pula bila dimasukkan dalam blog huhu...





























Mereka membawa balik 🥇 3 Gold Award, 🥈 2 Silver Award dan 🏅 3 Special Award.

Tahniah buat akak Zahra dan kawan-kawannya kerana mengharumkan nama sekolah dan nama Malaysia. Tahniah Semashur!! Terima kasih dan tahniah buat Teacher Liez dan Cikgu Iqbal sebagai guru inovasi dan guru pengiring yang banyak memberi tunjuk ajar dan menjaga anak-anak dengan baik. Terima kasih juga buat Tumpuan Vacation yang menyediakan hotel, makan minum dan pelbagai aktiviti dilakukan sepanjang tujuh hari di Taiwan. Akak Zahra seronok katanya, tak ada yang complaint semuanya okay 👍 Terima kasih juga pada parents yang turut sama pergi ke Taiwan dan sama-sama menjaga anak-anak. Macam rugi pula ai tak join, padahal enZaf dah offer dua tiga kali untuk ai pergi ikut sekali. Tak apa, harap-harap ada lagi akak Zahra nak join inovasi seterusnya, mana lah tahu kali ini ai pun ikut juga hehehe...

Monday, December 4, 2023

Baru Dapat Makan Kek


enZaf suruh kami semua bersiap, nak bawa makan kek katanya. Kata dia lagi, birthday Mummy belum makan kek lagi, Ya Allah ai pun dah terlupa hahaha.. Tapi sebelum makan kek tu, sempat singgah satu kedai makan yang baru buka dalam Tropicana Gardens Mall ini. Pertama kali cuba makan mee dari Tangkak ini.



Sepanjang kami dok ulang alik ke Johor, tak pernah pula dengar cerita mee daging Tangkak ni. Diri ai yang orang Johor pun tak tahu cerita hahaha.. rupanya mee ni kegemaran orang Cina. Dan di Tangkak itu tak halal. Bila masuk market di KL dan Selangor, mereka dapatkan sijil Halal khusus untuk pelanggan Islam. Sebab itu lah kot ai tak pernah dengar pasal mee ni. Apa lagi, lajulah kami masuk dan mencuba makanan-makanannya.





Ya Allah, sedap sangat ya Beef Noodle ni. Dagingnya terbaik, lembut ya amat. Sup pun sedap ditambah dengan cilinya, eh semua sedaplah. Kalau tak makan mee boleh tukar dengan bihun atau pun nasi. Konon masuk sini nak makan sikit buat rasa-rasa, sekali tengok habis licin mangkuk sorang satu :p Boleh repeat lagi ke sini. Selesai makan kami pusing-pusing dahulu dalam mall ini. Nak makan kek dah rasa kenyang pula hihihi...



Qaireen sendiri minta ambilkan gambar dia dengan bear besar ni. Dulu bila ajak bergambar bukan main susah, sekarang ini macam okay pula. Tak sempat nak suruh dia laju dah minta ambilkan gambar hehehe.. senang kerja Mummy nak :)



Qaireen minta nak naik train pula. Abang Ariq terpaksa teman dia naik sama, ikutkan dia memang tak nak tu hihihi.. demi adik kesayangannya dia redha dan pasrah 😅









Lepas dari semua aktiviti tu, barulah kami ke Gula Cakery untuk makan kek 🍰. Banyak betul kek enZaf ambil.







Terima kasih Aliah ambilkan gambar Mummy dan kek. Terima kasih juga buat suamiku, kenyang makan kek hihi.. semoga dilimpahi rezeki yang berpanjangan dan diberkati oleh Allah S.W.T.🤲



Oh ya, sempat beli satu tumbler untuk diri sendiri. Sebab utama ianya warna pink 💕



Wednesday, November 29, 2023

Hantar Akak Zahra ke KLIA


Lama betul tak pergi KLIA. Itu juga menandakan kami pun dah lama tak berjalan menaiki kapal terbang hihi.. Tak silap kali terakhir masa Ariq 3 atau 4 tahun. Punya lama dah tu. Kali ini kami ke KLIA untuk menghantar akak Zahra pergi ke Taiwan. Bukan dia seorang tetapi bersama kawan-kawan yang lain di bawah anjuran Inovasi sekolahnya. Dalam pukul 5.30 pagi kami sampai di airport, Daddynya drop off kami dahulu kemudian dia mencari parking.



Tak banyak sangat barang yang di bawa, satu beg luggage, satu beg hand carry dan satu backpack. Semua tu Mummynya yang packingkan hehehe.. takut dia buat sendiri, nanti ada pula yang tertinggal :p kalau tertinggal nanti bukan boleh hantar, jauh sangat. Lainlah macam balik asrama, Daddy dia dah macam rumah ke dua dok ulang alik ke sana hahaha..



Tak lama menunggu, terus ada sesi briefing sekejap. Penyerahan tiket, tag dan macam-macam lagi. Oh ya terus isi borang secara online siap-siap, apa benda namanya itu ai dah lupa. Lama tak naik kapal terbangkan, gitulah. Yang ai ingat dulu isi borang atas kertas masa dalam kapal terbang, sekarang ini dah boleh online. Senang dan mudah betul kan.



Gambar di atas adalah Travel Agency (TA) yang membawa anak-anak ini. Oh ya, rombongan ke Taiwan ini bukan satu sekolah sahaja, ada lagi sekolah lain yang turut bersama menyertai inovasi ini. Iaitu SBPI Intergomb (Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak). Gambar di bawah, saja ai snap tag beg yang TA bagi. Kesian nama Daddy salah pada tag tu hihihi...



Ambil gambar akak Zahra bersama bestfriendnya Amal. Pada mulanya akak Zahra nak pergi Taiwan ini seorang, lepas tu ai saja minta dia tanya Amal. Mana lah tahu nak join sama pergi Taiwan ini. Tak sangka Amal jawab okay. Apa lagi lajulah dua orang berdua ini register dengan Teacher Liez.



Mereka berdua sama kelas cuma berbeza homeroom dan mula rapat dari Form 1 sampai la sekarang. Duduk dalam kelas pun meja sebelah menyebelah, minat anime, suka melukis dan macam-macam lah... dah nama bestfriendkan. Jadi, haruslah ambil gambar mereka ini. Ini merupakan kali pertama kami lepaskan akak Zahra pergi jauh.





Sementara menunggu lagi, bagi anak-anak makan. Alas perut masing-masing. Ariq dan Qaireen sahaja yang tak pergi sekolah, Aliah sempat ke sekolah sebab dia sesi petang.



Sempat lagi ambil gambar anak-anak ini di kawasan sekeliling balai perlepasan. Ada deko Krismas.





Sebelum mereka masuk, ada lagi sedikit briefing yang dibuat oleh TA. Selesai semua tu sempatlah minta tolong Amal ambilkan gambar satu keluarga. Cantik sangat gambar, cahaya semua cukup terang. Thank you Amal!



Hanya lima orang sahaja murid perempuan yang sertai inovasi ke Taiwan ini. Tiga orang dari Tingkatan 3 dan dua orang dari Tingkatan 2.



Sebelah kanan akak Zahra tu dormmate dia. Zara juga namanya dan dia Tingkatan 2. Anak ai ni kat sekolah kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil Qas, di rumah saja panggil Zahra :)









Bye bye kakak!! Mummy, Daddy dan semua doakan akak, kawan-kawan, cikgu dan semua selamat pergi dan pulang serta dijauhi dari segala musibah dan bencana. Semua perasaan bercampur baur, jauh anak pergi dan lama pula tu iaitu tujuh hari. Ada banyak gambar lagi dalam Whatsapp Group tapi nanti ai masukkan dalam entry lain. Belum ada kerajinan lagi nak belek gambar dalam Whatsapp tu huhu..

Tuesday, November 28, 2023

Tok Abah Belanja Makan


Bila Tok Abah call ajak makan, laju je ai cakap okay hihihi.. Kebiasaannya kalau Tok Abah ajak makan, dia selalu nak ke Pizza Hut. Memandangkan Pizza Hut dah diboikot, jadi kenalah cari tempat lain. Bila Tok Abah tanya cucu-cucu nak makan apa, dorang minta makan di kedai mamak. Nak makan Roti Canai dan Cheese Naan saja. Alahai anak, untung betul orang belanja korang ni :p Gambar-gambar di bawah ini semua dari kamera phone Tok Abah.









Tok Abah dan Mak Tok nak jumpa dengan akak Zahra sebenarnya. Sejak dia Form 3 jarang jumpa cucu sulongnya ini. Dia sorang sahaja masuk asrama nak dibandingkan dengan lain memang selalu jumpa. Itu yang banyak ambil gambar dia tu hahaha... Lagi pun keesokkan harinya akak Zahra ni nak fly ke Taiwan. Ada expo di sana dan sekolahnya masuk dalam pertandingan inovasi. Terima kasih Tok Abah atas nasihat untuk akak Zahra, panjang berjela dia bagi hehe.. risau cucu pergi jauh. Siap bagi duit belanja pula tu. MasyaAllah terharu betul, walaupun dah tolak banyak kali tapi itulah perangai Abah. Dia memang pemurah dan baik hati. Sebab itu ramai orang sayang. Along doakan semoga Abah dan Mak sentiasa dilimpahi rezeki yang berterusan, diberi sihat tubuh badan dan sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T. Aish... tiba-tiba bergenang air mata.